&Follow SJoin OnSugar
luahkan saja masalah kamu. okay?

orang kata, "bila jari menari,"

|
By nuha muneerah · March 31, 2009 · 0 Comments ·
kadangkadang susah saya nak mengarang ayat atau sekadar menulis pada gerimis ni. bukan sebab malas atau sel kering (alias bateri tak boleh charge balik karang meletup dah menyesal seumur hidup tak nak kahwin awal siapa suruh T_____T) idea sudah kontang lah tapi bak ayat penutup zaman aktif berbahasa dulu, "masa begitu begitu mencemburui".

okay. mari kita potong ketam itu, (let's cut the crap, hahaha)!

ini ada cerita gila yang berlaku semalam. semalam, tahu. yesterday kau faham pula. sudah mula merepek jadi mari ke topik utama. cerita ni memang gila. rasa nak seram sejuk ketakutan bagai ultraman taro keluarkan beep beep beep kat dada dia masa tumbang kena hentam dengan raksasa zalim zaman kuno. aik.

cerita dia macam ni. masa tu pukul 4.23 petang, saya tengah tunggu drama julia juli kat tv3. tibatiba handphone saya berbunyi. mulanya ingatkan mr. architect call lagi sebab number tu tak registered dalam phone book.

nota lari topik; saya jarang angkat phone call kalau number tu saya tak kenal. menipu andakah? tidak, saya serius.

tapi memikirkan yang manalah tahu emergency call ke, ada orang nak promote university atau kolej ke, apa apalah, saya angkat. sekali lagi, SAYA JARANG ANGKAT phone macam ni, okay. dan saya dengar suara orang lelaki. konklusinya, saya kata dia ni lelaki gila. kenapa? meh nak sambung cerita.

*LG- lelaki gila, NM- nuha muneerah

LG: assalamualaikum.
NM: waalaikumsalam.
LG: ini nuha ke?
NM: ya, saya. (dah berdebar dah masa ni. siapa pula yang tau nama aku nih)
LG: nuha...?
NM: yaa. (mata dan kening dah mula berkerutkerut. rasa nak hang up je masa tu)
LG: awak mesti tak kenal saya, kan.
NM: (terdiam)
LG: awak mesti tak kenal saya...
NM: ya, ha'ah. saya tak kenal awak! (suara memang high pitch lah masa ni i tell u)
LG: tapi saya kenal awak. (okay, aku dah cuak. sumpah cuak)
NM: oookaaaaayy.
LG: tolong kenalkan diri awak kat myspace. (ayat ni buat aku bergandaan kecuakan)
NM: hah??
LG: kalau nak kenal saya, hantar comment kat myspace.
NM: (aku terus hang up, letak phone)

tidak kah kau rasa hidup kau sangat celaka kena angkat phone lelaki ni? entah siapa saya tak kenal tibatiba suruh kenalkan diri kat myspace. entah dari mana dia dapat number phone saya pun saya tak tahu. gila scary boleh? serius lepas tu saya bertawaf satu pusingan di family hall. dan tibatiba dia hantar message.

date; 30/03/2009, time; 16:29.
Ish bdk ni. Weyh ko mmg x knal aku tp aku knal org yg ko knal dn aku nk mntak tolong kt ko so klau nk knal aku msg aku kt myspc. Aku de kt fren ko nme aku wak sarul.
hambik. lain kali jangan mainmain nak kenal macam tu je. kan dah bertepek message dan nama kau kat sini. haish.

maaflah. saya memang tak layan orang macam ni. zaman untuk semua tu dah lama berlalu. eceyh. ni, saya nak cakap. bukan saya baik sangat sampai tak pernah cair dengan message dan call macam ni semua tapi sekarang saya dah matang. dah boleh fikir. dah ada hati yang nak kena jaga; hati mr. architect tu.

ingat tak masa saya demam sakit tonsil migraine semua last week? masa mr. architect call saya jumaat malam tu, saya dapat tahu yang dia demam jugak. sampai ada satu hari tu dia dikecualikan daripada sebarang aktiviti. hah, eloklah tu. dua dua demam. tapi kesian dia lebih lah sebab dia seorang kat sana.

dan ya, semalam dia call guna public phone. sempat cakap tak sampai sepuluh minit :'( tak apalah, kira oraitlah tu. tak boleh selfish sangat. hahaha. kenapa rasa macam dah lama tak gelak? T____T

whatsoever: tinggal sikit je lagi homework cambridge untuk disiapkan. yayy~

dia si jantung hati

|
By nuha muneerah · March 30, 2009 · 0 Comments ·
ahh.. baru dua hari dapat bermanja, (ehem ehem. sensitiviti orang melayu kena jaga. kejaplah saya strike sikit. buatbuat tak baca, okay?) dengan mr. architect dan malam tadi dia kembali hilang untuk seminggu lagi. sumpah saya menangis masa dia kata, "okay. mir dah nak kena serah phone dahh. bye. *dan beberapa ayat yang terpaksa dicensoredkan atas MENGHORMATI SENSITIVITI MASYARAKAT TIMUR* " (padahal nak tekankan timur sebab nak further study kat timur tengah, hahaha. T_________T okay tak lawak).

point penting, nuha. point penting.

saya pasti ramai orang tahu betapa sasaunya saya masa dia tak ada seminggu lepas. kalau boleh setiap entri tu nak tulis perkataan rindu. EVERY ENTRY, tskk. dan macam mana kacaunya hidup saya masa hari jumaat tu yang dia lambat contact, (mungkin ada yang dah sempat baca entri bergenre jiwa-aku-kacau-dan-sedih-maka-cucuk-mencucuk-hati-adalah-tanda-anda-memohon-singa-jadian-bangkit-dari-dalam-diri-ni yang saya dah delete tu sebab nampak sangat nuha lemah. NAMPAK SANGAT, OKAY. NAMPAK SANGAT). watafis. hahaha.

tak apa. mungkin saya akan lebih tabah pada mingu ini lebih daripada minggu lepas. bagi chance lah. last week tu first time kena tinggal. memanglah rasa macam hell sikit hidup aku ni. minggu ni akan diperbaiki insyaAllah. mana taknya kalau ada SEBELAS MINGGU LAGI saya kena endure semua ni. sebelas okay. satu campur satu. bukan satu tambah satu. remember, yes? kalau dah tabah akan rasa macam heaven kah? no way jose lah. selagi dia tak ada, tak heaven hidup ni.

lagipun saya dah bawak bekal. hahaha. tapau makanan kah? hey, kalau makanan tu tak payah nak ditapau, masak pun boleh, okay. (wah kekwat dah mentangmentang mr. architect terror masak, hahaha). bukan bekal makananlah.

tapi saya dah ada voice sms mr. architect. kalau rindu saja cepatcepat boleh tekan inbox voice sms. dahlah dia bagi tiga semalam. dahlah boleh dengar banyakbanyak kali hanya untuk 10 sen. cis. kau promote ni dapat income ke. tak ada, tak ada (sambil buat muka kena tipu dengan Ah Long Ngah Lang Cik T______T) woohooo! nak jerit sikit. tumpang lalu. thanks untuk semua nasihat tu. i'll patuhpatuh your nasihat, okay? hohoho.

azam untuk minggu ini: kurangkan tangisan, tingkatkan kerinduan. (whatlan seyh, whatlan -_____-") tapi tak apa, kau apa yang kau fikirkan. fikirkan boleh! nostalgia sungguh lah lagu tu.

hm. esok dia kata nak call guna public phone. harapharap dapatlah dia curi masa.

whatsoever: whatever happens, i'll wait for you next week :')

blog lounge #017

|
By nuha muneerah · March 29, 2009 · 0 Comments ·
tag dari wafiqah :)

1)Which school did you go to?
; tadika abim
; tadika bunga raya
; tadika masjid negeri
; sk raja muda
; sr agama seksyen 3
; smk seksyen 9
; sm sains muar

2)What classes were you in?
; kelas first dari darjah dua sampai darjah 6. kelas first jugak dari form two ke form five.

3)What was/were your favourite lesson(s)?
; bahasa malaysia and bahasa inggeris. mwahaha. ini ikut kepala sendiri lah. kalau ikut favourite teacher banyak jee subjek suka. hohoho.

4)If you could remember, what time was your recess?
; last time i checked 10.10 sampai 10.30. rasanya. dulu before new principle 9.50 sampai 10.20. tak ke kau rasa hidup kau macam heaven? hahaha.

5)List down your favourite food/snacks.
; nasi lemak telur mata kerbau kantin memang kaw.
; nasi pattaya pun boleh tahan. thanks dan, belanja i 50 sen waktu tu. hoho.
; oh, wedges idaman hati.
; keropok roda taleh lupa sampai semua orang gila waktu rehat pi beli sampai 4 bungkus. siapalah tu, kan fathin? kahkahkah. i know you read this. banyak MSG weyh. botak kepala.
; air teh 0 yang perghh. sedap sungguh.

*basically kantin niners food dia memang dahsyat ar.


STYLE

1)Did you have a nickname way back in high school?
; people call me stara masa kat sains muar. arvie and zati call me nunu. but im mostly called by nuha jee.

2)How did you wear your socks?
; macam orang normal pakai. tak lah aku sarung kat tangan pulang kann. itu membunuh zaman sosial remaja aku namanya.

3)Have you been suspended due to the way you put on your uniform?
; nooo. kena tegur pun tak pernah lagikan suspended.

4)Were you given plenty of reminders about your appearance?
; nehi nehi. haha. none.

5)Who did you look up to when you were in high school?
; basically seniors and teachers. kot. ataupun ayie. hahahahahahhahahahahaha. im dead ouh.

PUNISHMENT

1)Name one memorable scene where you were punished in front of the whole class.
; oh, ini tak mungkin lupa sampai bilabila. masa tu darjah dua. kau tau lah budakbudak. koyakkoyak buku buat roket, buat contengconteng gambar joe jambul semua. ustaz ni nama apa entah. dia tengok buku subjek dia nipis gila tinggal lima helai, dia ambil pen merah, pi conteng pipi aku kasi lukis misai kucing. dia tak bagi padam ouh. cinabeng betul saya masa tu. hahaha.

2)How many times did you skip class? What were you doing?
; sekali jee. masa form four. skip physics. haha. dok bantai makan kat kantin. hahahahah. gila ah.

3)Give one scene where you escaped from being caught/punished.
; masa darjah empat kat sekolah agama kot. ponteng gi surau. nyorok dalam tandas dan belakang kerusi meja yang tak pakai. pergh, sungguh aku rasa diri macam dah pro gila. bagi alasan ada meeting pustakawan. hahahah.

4)Did you vandalize any school property?
; mencantikkan kawasan sekolah dengan kutip sampah lagi adalah. haish, typical me.

6)Did you ever make any teacher cry?
; darjah enam kot. syrrul, ingat cikgu seha? tak leh lupa ouh sampai harung satu kelas beratur pergi minta maaf kat bilik gerakan. adoi.

7)Who were your favourite teachers?
; banyak yang masa secondary kot. sebab semua dok sporting je layan karenah gilagila anak murid harapan bangsa ni. eceyh.

8)Describe your DM.
; i think DM stands for dewan makan. haha. ye ye je aku ni. kalau kat asrama dulu DM memang dewan makan. hm. kira kantin lah kan. okay je. bersih sebab kakaks indon tu petangpetang je dok menyapu mop segala sampai berlicinlicin i tell you. hahaha. kau tak yah carik cermin dah.

9)Who was the funniest/weirdest/loudest teacher?
*funniest*
; cikgu hakim lah siapa lagi. si pelencong cerita itu. haha. ampun, cikgu. ampun. T_______T
*weirdest*
; hallamak. aku rasa cikgu khairi kot. cikgu KH masa primary. macam gatal semacam jeee. haha.
*loudest*
; oh, serius ini tak ada orang lain selain cikgu bariah. cikgu matematik darjah enam. yang sanggup jadi baywatch tu. hohoho. sangat tak boleh belah, okay? gila tak gila.

SOCIAL CIRCLE

1)Were you popular back then?
; dalam tukang dok ambil hadiah kat pentas lah kot. puisi dra semua tu. tokoh pemimpin, tokoh pelajar, emas sahsiah etc etc.

2)Were you in a big group of boys/girls or small ones?
; i can get along with everyone tapi before masuk asrama kira big jugaklah. the chopsy. lagu tema kitorang itu lagu si barney and friends. hahaha.

3)Who were your best friends?
; zah, bieha, manie, rabie, syafu, rabie, qis, fathin.

4)Did you and your friends have nicknames?
; haha. sangat ada pulee. bammanie. bimmoon. dodol lah. apa lah. sangat the crazy. nama pun chopsy. terbalik jadi psycho. kena sangat dahh.

5)What were you favourite memories of you and your friends?
; study group kat surau untuk pmr lepas tu lepak kat bawah berborak macam orang tak siuman gelak sana sini, kacau abang cashier 7E. hadoi. pecah perut ingat balik.

CO-CURRICULAR ACTIVITIES

1)What type of CCA were you in?
*secondary*
; kelab bahasa melayu, kelab pembimbing rakan sebaya, kelab quarter masters, kelab permainan dalaman, kelab badminton, kelab petanque, puteri islam.

2)What did you have to bring to your CCA?
; raket badminton and kadangkadang catur. haha. tapi fail kedatangan itu kemestian.

3)What did your CCA required you to do?
; interview orang kat shah alam mall, karnival puteri islam, hari kerjaya, catit nama ahli yang datang, taip minit mesyuarat.

4)Got injured?
; tak tak tak.

CLOSING CEREMONY

1)How did high school changed you?
; lebih appreciate friendships :) sayang 5sains1 '08 forever lah weyh. tabik sikitt. oyeah.

2)Sing one verse of your school song.
; disiplin diutamakan, jadikan amalan dan pedoman..
harmoni perpaduan, pewaris negara maju jaya..
selangkah seiringan cipta kejayaan yang gemilang..
tetap di hati harum mewangi, unggul selamanya...

3)What was your favourite question?
; kena buat dalam buku mana, cikgu? haha. cliche.

4)Who/what will you remember from your high school?
; friends dekat niners of course, and the niners surrounding itself.

5)Any memories you will not forget.
; laughter and joy tertepek kat muka semua orang. haish. rindu korang doeh.

i tag mereka yang baru habis sekolah:
; nas !
; danial !
; syrrul !
; inda !
; alyaa !
; zafirah !
; and sesiapa yang terasa nak buat :D

whatsoever: berseronokan membuat homework cambridge. hahaha. betul ke tak betul saya ni dah.

salah ke pack?

|
By nuha muneerah · March 29, 2009 · 0 Comments ·
URGH. hidup saya sekarang ni memang busy sikit. okay, banyak. tak menyempat nak bukak lappy pun walaupun secara teknikal, teori, am dan khususnya lappy tu ada depan mata. eceyh. kira kalau buat comparison sebegitu rupa ketara sangatlah kesibukan kau tu yaa. kau buat apa? jaga anak? jadi jaga sambilan? cakap sikit.

alahai, bukanlah sibuk macamtu kau ni pun. kan sebelum ni saya muram sikit sebab tak dapat dengar khabar mr. architect sampai nak tutup blog ni, hahaha. sentimental ke sakit mental saya ni pun saya kurang pasti lah pulak. maaflah tak pasal pasal terhambur tersembur kat gerimis. hmm. awak maafkan saya kan gerimis, kan? hee :)

semalam dah mula english class kat cambridge. as usual, kau kalau baca pasal aku, ingat satu je. nuha equals to nervous. kahkahkah. equation apa ni pun saya tak tahu. tapi nervous tau masuk pintu cambridge tu. so i got a file.
yeah, i am in pre-CAE. Mr Gerard sangat happening ouh. suka buat lawak dan sangat comel, hahaha. and there's nine students actually dalam kelas tu. aizat, farida, amalina, fazrina and etc etc. you dont expect me to remember everyone on the first day, do you? come on lah. hahaha.
3 buku yang boleh tahan tebal especially yang warna hijau tu. yang buku Opportunities tu macam majalah! seriously sebab penuh dengan article pasal style, graffiti, lelaki hot, (hahaha) cuma ada latihan sekalilah setiap artikel tu. yang menakutkan, latihan semua jawab spontan. salah ke betul nasib kau lah. terkial kial jugaklah nak adapt dengan cara dia tapi lepas tu okay. dua jam pun tak terasa macam dua jam ouh.

yang ultimate best, first week dah ada homework, kahkahkah. aku excited, tahu! dah lama tak ada homework. kalau dia suruh siapkan satu buku pun saya boleh agaknya. semalam buat latihan sikit, drive drive ambil adik adik, earth hour lepas tu drive lagi lepas tu akademi fantasia. perghh. mana tak sibuk, kan.

dan pagi tadi saya pergi global medic network punya taklimat.
taklimat ni di UKM, Bangi dan dia terangkan lebih terperinci tentang course medicine di mesir semua. and yeah. i have finally made my decision. I AM GOING TO AL MANSOURA UNIVERSITY, EGYPT. wee. thanks sangat tau to those yang bagi pendapat. i appreciate it a lot and i mean it. terutamanya to my cousins *wink, wink* hahaha.

so yeah, i basically busy dengan arranging my life. hohoho.

whatsoever: nak buat homework, yayy~! (sambil menari hawaii terkedek kedek, hahaha)

boleh bagi saya senyum?

|
By nuha muneerah · March 28, 2009 · 0 Comments ·
siapa halang saya senyum saya tembak sama dia. hahaha. apa kes kau tulis entri terus nak tembak orang nii. cubalah siuman sikit weyh. nak senyum. nak senyum.

ah, saya dah boleh tersenyum. maaf atas entri semalam yang macam nak ajak bersilat gayung lagaknya. kasar. tu semua sebab hormon rindu. hahaha -_____-"

tepat jam 11.30 malam tadi saya dapat message dia. ouh hati sungguh gembira :DD rupanya diorang dapat phone lambat sebab kena denda as they were lack of discipline. apalah sayang. ikut je lah rules kat situ. bukan susah pun, eceyh.

borak sejam lebih sebelum saya paksa dia pergi tidur. hmm.

dah dapat kekuatan dan semangat. nak pergi perang lah. hahaha!

whatsoever: petang ni my first class kat cambridge. oooo~ takut! ngee.

hey, aku reti privacy juga

|
By nuha muneerah · March 27, 2009 · 0 Comments ·
kepala otak ada rasa sangat bengong hari ni. sebenarnya dari semalam lagi. hati aku ni bagai disiatsiat bagai nak dibuat rendang daging. perghh. asal bagi mood raya tibatiba ni. mentangmentang nak fly pergi egypt lepas raya. hahaha. apa kes.

jangan buat apa apa spekulasi. tolonglah. ah, aku dah malas lah. fed up kau tau?

aku rasa nak tutup blog ni. aku dah lost interest. hilang semangat. hilang apaapalah yang kau fikirkan boleh hilang sekarang ni. ada aku peduli? tak ada.

Justify Fullsiapa tak kenal dengan myspace, saya mahu bertarung muay thai dengan dia. ada berani?

nak bagitahu sikit, myspace saya memang terbuka untuk public walaupun kalau korang tekan kat link myspace kat sitebar blog saya ni dia kata profile is set to private. add je lah as a friend. saya berani jamin siap ada warranty lagi yang saya akan approve sesiapa tanpa mengikut usia, kaum, jantina dan warna[hah?].

cuma beringat sikit lah, aku ni bukan budakbudak berhingus lagi kalau korang mintak number phone aku terus hulur kat comment tu. aku tapis jugak comment yang nak di approve. dan banyak jugak comment tak sepatutnya aku delete tanpa baca terus. tak. aku tak ada niat nak kerja kat syarikat penapisan loji air malaysia. puas hati?
tapi lain pulak dengan facebook. sorrylah strangers yang aku tak kenal. nama kalau kau bukan dalam list family, close friends, niners, seniors and friends, aku dapat lambai tangan bak ratu je lah. bukan sombong, tak. bukan jugak aku tak kenal lebih ramai orang tapi aku ada myspace untuk semua tu. see. aku bagi choice apa. facebook ni untuk orang yang dah sedia ada dalam hidup aku. kalau setakat kau rasa terserempak aku kat pasar malam, tak payahlah. pi kat myspace. aku dengan rela hati approve kau, okay?

bagilah chance aku nak ada privacy. aku ni bukan baik sangat nak expose semua apa aku buat. dan tak semua apa yang aku buat tu baik. ada jugak buruknya.
lagipun aku sayang facebook sebab tibatiba aku boleh rapat dengan cousincousin aku. wee. dan juga sebab ada si comel pinQueen ini. yes, nas. i have to credit your name here. hahah.

whatsoever: ada rindu yang cepat hilang. ada yang bila kita tak nak rasa rindu tu dia dok senggol. haish. dahlah. penat aku.

selamat ulang tahun sayang by me

|
By nuha muneerah · March 26, 2009 · 0 Comments ·
happy 18th birthday sayang!

awak sudah tua, tahu. haha. tua empat bulan je jadi jangan risau sangat. hahaha. gelak lah sikit jangan bagi saya macam kera sumbang di sini menggelak bagai orang tercicir kunci kereta meraung tak sudah padahal kunci dalam tangan.
err. ada pengalamankah? tak ada, tak ada. ayat suci ini perlulah diberi kepercayaan, okayh? peace.

zah, thanks for being my bestest and closest friend dari form one sampai sekarang; dah habis sekolah. you are one of a kind, you know that? i felt calm everytime i turn to you. banyak je yang kita share together, kan? high school sweethearts itu memang topik wajib. hahaha. remaja lah. bagi chance sikit. kau juih mulut tu untuk apa? hah, hah? apa ni, nuha? apa ni provok orang. mentangmentang esok dia ada.

serius keliru sekejap entri ni untuk siapa sebenarnya. kejap.

...

okay. untuk bestfriend saya, zahidah :)

dari kawan seprefect, (bukan perfect baca betulbetul) ke kawan sekelas bertahun kan zah? sampai aizat dengan syahir hantar testimonial kat friendster kata "kau dengan zahidah tu pergi mana berdua je." hahhah. apa lah diorang tu. melawakkan je lelaki bagi comment macam tu terasa dipandang serong ouh. hahaha. sangat tak boleh belah.

dari zah yang mulanya kita kenal dulu pendiam, sampai jadi hyper dan talkative dan suka mengusik, i'm with you, dear. maybe lost track kejap masa kita masuk asrama time form four dulu but i managed to keep up didnt i? cis. kenapa nak kena masuk historyhistory rindu cikgu hakim apee.

i will always here for you everytime you need me. awak tekan loceng bertalutalu tengah malam pun kita tetap akan buka pintu untuk awak :') you knew that, kan zah? u just message je, i will be replying asap. unless kalau my credit zero lah kan. but i will call your house phone. dont worry.

semoga success selalu. dah legal ni jangan buat nakal, hahaha. despite the fact that i know you wont be doing it tapi nak cakap jugak. harap rezeki makin murah, senyum dan happy selalu, jangan sedihsedih lagi dah. okay? er. mungkin ayat akhir tu kita patut tujukan pada diri sendiri T_______T

again, happy birthday to you!! i love you, zah. always

whatsoever: i can hear his voice tomorrow! omg, nuha. chill lah. excited asal.

drama air mata kanakkanak

|
By nuha muneerah · March 26, 2009 · 0 Comments ·
mungkin ada yang dah jemu dengan entri bergenre kerinduan macam ni. kau imagine lah kalau setiap entri tulis imissyou imissyou taukeh jual kek tiramisu pun boleh menitis air mata beliau lah. ini memang saya karang berintikan air mata dari awal hingga akhir. okay, tidak usah berkerutkerut muka lah bukan membaca perenggan ini.

bila malam, saya selalu kalah walaupun dah janji pada dia untuk terus senyum. *mengeluh*

mulanya, saya menangis perlahan dan pandang bulan si teddy di sebelah. tapi air mata semakin banyak mengalir.

saya capai gambar mr. architect dan saya senyum kecil sebelum akhirnya menangis lagi.

saya tarik perlahanlahan tangan bulan dan menangis sambil kata; "mirrr, kenapa mir tak ada sekarang...?"

saya kesat air mata sambil tarik selimut.

kemudian saya ambil balik gambar dia dan kata; "sayangg, bila sayang nak balikkk??" dan tentunya saya menangis lagi.

tak lama lepas tu saya peluk bulan rapatrapat dengan suara tangisan yang tersekatsekat lalu mengomel; "kenapa mir tak ada waktu nua perlukan mir? kenapa..?"

dan akhirnya.. saya lepaskan bulan.

"sayang, cepatlah balikkkk." dan saya tertidur kerana kepenatan menangis hampir setengah jam.

*mengeluh lagi*

tak sampai seminggu sudah tiga empat entri bercakap tentang kerinduan. padahal kalau boleh setiap perenggan setiap ayat nak cakap pasal rindu pada dia.

contoh. hari ni aku pergi pasar beli ikan. rindu lah pada dia. kemudian aku mengusha majalah aksi af nak tengok muka akim dan aril. ah, rindu pada dia. dalam kereta aku dengar lagu fall for you di radio dan tak semenamena aku rindu lagi pada dia. sampai rumah masuk bilik pun aku rindu pada dia. peliknya rindu ni hoho aku sangat rindukan dia. sekarang kira lah anda bilangan rindu saya pada dia. bolehkah?

harap rindu ini boleh kurang. mati saya kalau dia baca ayat maut ni -______-" *gelak kecil*

p.s: jangan pandang serong hubungan saya dengan bulan. ho ho ho. dia tempat saya mengadu lah ;)

whatsoever: pandai cik punya blog mentabahtabahkan diri. laga pipi sikit. okayh. cantikk.

blog lounge #016

|
By nuha muneerah · March 26, 2009 · 0 Comments ·
tag daripada wafiqah :) thanks, dear.

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?

saya sukakan gerimis. awak?

saya pilih nama tu sebab catchy. dan saya memang suka gerimis. dahlah comel. sepupu hujan rintikrintik pula tu. hahaha. okay. mengacah anda. ada sejarah sebenarnya dengan gerimis aka lelaki perasan comel ini. kahkahkah.

2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

http://nhmnrh.blogspot.com

sebab itu nama saya tanpa vowels :) even kat buku teks sekolah buku rujukan buku latihan kamus dewan pun ejaan itu yang saya tulis, hee. actually tengok nabel buat nama dia jadi nblh. credits to her :DD

3) Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?

straight to the point adalah sangat plain dan boring.

no offence, okay? mungkin sebab saya suka sastera jadi writing pun macam bengkangbengkok ada cornercorner macam ular kena palu. hahaha. peace.

4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?

pernah pernah pernah. banyak kali pulak tu.

sebab masa tu tibatiba rasa down pasal someone dan segan sikit sebab sedara mara baca tulisanku ini, hee. tapi sekarang sudah sangat sayang lah dan tak sampai dek hati nak menamatkan riwayat sugar daughter saya ni. plus saya boleh tunjuk bukti bakal doktor pun reti memblogging, ewahh. apa kes.

5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ni?

ada CLASS.

wafiqah ni one of my closest friend masa primary and teman seterawih, hahaha. kan wafiqah, kan? blog dia penuh gambar lawalawa yang dia tangkap dan tagline sukahatilahblogaku tu serius cool.

6) 5 orang seterusnya untuk ditag?
; nasquin.
; inda.
; fasya.
; alyaa.
; fawani.

whatsoever: entri khas untuk my bestest friend is on its way.

oh, nenek memanglah nenek... :))

|
By nuha muneerah · March 25, 2009 · 0 Comments ·
yippie. saya dulu ada tabung bernama Yippie eh, itu bukan maskot Maybank kalau kita buka kid's account boleh dapat tabung percuma kah? *sengih sambil cover mulut untuk ekpresikan kecomelan* hahaha. okay, tak ada kena mengena. tak ada kaitan. tak related. tak.. okay okay. cukup. semua orang dah faham. JANGAN SAMPAI ADA ORANG KAMEHAMEHA BLOG INI. ada, kah? T_____T

sebenarnya nak tulis yippie as in yahoo as in woohoo dan yang sewaktu dengan jeritan berunsur gembira macam dapat rantai bling bling lah bukan. kenapa happy sampai tak ingat rumah ni? hilang habitat eh, tabiat kah? ho ho ho. aiseyh. asal gelak macam santa claus miang pervert ouhh. kahkahkah.

ni nak khabar sikit. defense line saya sudah muncul dan punyalah terror melindungi badan sendiri. tepuk tangan sikit. dan atas ketabahan mereka menfightfight virus yang durjana, saya dah boleh tersenyum hari ni, wee. tonsil masih ada terasa bengkaknya tu tapi migraine dah hilang mungkin dah kena watchaa dengan pil caffox malam tadi.

oh, petang semalam nenek saya call dan tanya pasal updates semua. dalam hati dah berdebardebar. bukan berdebar apa, cuma yang pasal nak study overseas di mesir tu, saya tak beritahu nenek lagi sebelum ni. opp opp. jangan fikir bukan bukan. JANGAN.

saya memang rapat dengan nenek sebelah abah. ya lah, dulu masa kecil nenek yang jaga saya sebelum kami pindah shah alam :') lepas tu kalau nenek nak pergi cuti ikut sesiapa macam nak ke sabah dulu pun saya yang temankan nenek.

masa saya cakap akan fly ke mesir, suara nenek dah berubah. sedih ada, macam nak menangis pun ada. saya memang dah agak nenek mesti kurang setuju sikit saya pergi overseas tu. sighs.

nenek kata; jauh sangat. buat apa nak belajar jauhjauh. belajar dalam malaysia je sudahlah. apaapa jadi kat sana tu awak bukan ada sesiapa. cubalah dulu belajar setahun kat malaysia. lepas tu kalau rasa boleh, barulah pergi luar negara.

okay. macam mana tu? itu kuasa veto seorang nenek namanya. bila saya cakap saya akan ke mesir tu untuk enam tahun, lagilah sedih suara nenek. well, nenek is being nenek. mestilah kalau boleh dia tak nak saya pergi belajar jauhjauh daripada keluarga, kan. tapi maaflah nenek. cucundamu (ceyt. bajet dapat pikat hati nenek ah dengan bahasa surat melayu klasik lama macam ni. asal tak hulur tulisan berjawi terus sure nenek bagi approve dengan bercop nama lagi) ingin pergi juga wahai nendaku :'DD

harap aku tak bertukar jadi batu caves yang kata umi kononnya tu dulu tenggang dan kapalnya. cis.

whatsoever: tekak dah baik saya mahu order nasi goreng satuuuu. mwahahahahaha.